Sunday, May 24, 2009

Play therapy dan autism



Kanak-kanak autism sering mempunyai masalah untuk interaksi sosial, termasuklah dalam kemahiran bermain. Mereka terlalu obses dengan diri mereka, ingin merangsang diri sendiri dan tidak memperdulikan hal lain selain dirinya sendiri.

Maka kita sering dapati kanak-kanak autism merenung kipas selama 15 minit, memusing tayar kereta mainan, bermain dgn tombol pintu serta meramas-ramas plastik yg berbunyi.

Play therapy atau terapi bermain dikatakan dapat membantu kanak-kanak autism keluar dari obses dirinya dan mula mengaitkan dirinya dengan sesuatu yang lain, iaitu permainan.

Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan semasa play therapy untuk menggalakkan kemahiran bermain serta meningkatkan kemahiran sosial dan interaksi.
Contoh:
1) Permainan kereta. Jika kanak-kanak hanya memusingkan tayar, latih kanak-kanak untuk menolak kereta tersebut, atau mendaki dinding rumah. Letakkan kereta lain di hadapan kereta tadi, dan buat aksi perlanggaran berlaku.

2) Permainan masak-masak. Jika kanak-kanak hanya mengibas sudu di tepi telinganya, maka peganggkan tangan kanak-kanak dan buat gaya seperti sedang mengacau minuman dalam cawan. Kemudian suapkan makanan (imaginasi) ke pada mulut teddy bear/ibu.

3) Permainan haiwan rimba. Jika kanak-kanak hanya menyusun haiwan dalam satu barisan, maka ambil haiwan lain dan buat2 seperti sedang menggigit haiwan yang sedang disusun tersebut. Lihat reaksi kanak-kanak. Adakah sebarang bentuk reaksi yang ditunjukkan dan tanda-tanda wujudnya interaksi?

4) Permainan buih sabun. Tiup satu buih sabun yang besar dan biarkan buih itu terbang. Tunggu reaksi kanak-kanak. Adakah dia cuba meletupkan/mengejar buih tersebut? Atau tidak memperdulikan langsung. Kemudian apabila buih pecak, adakah kanak-kanak minta untuk ditiupkan buih yang baru? Atau terus hilang tumpuan?

Pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat semasa play therapy. Yang penting ialah penglibatan ibu bapa serta adik beradik untuk turut sama membantu kanak-kanak autism keluar dari obses diri dan berinteraksi dengan ahli keluarga.

2 comments:

  1. Salam Ikaa

    Saya ingin pandangan Ikaa berkenaan anak saya berumur 38bulan yang masih belum dapat bercakap dengan menggunakan perkataan dan ayat yang betul. Beliau boleh sebut dengan jelas perkataan ibu,ayah,susu,sakit,kiraan 123/ABC, anggota badan. WBP apabila dia inginkan sesuatu atau ingin berkongsi cerita, beliau terus sebut perkataan yang tidak difahami/sesuka hati dia sehingga beliau diejek cakap Jerman/Jepun/dll. Perkataan tersebut langsung tidak seperti Melayu/English. Pandangan Ikaa amatalh saya hargai.

    -WAN-

    ReplyDelete
  2. Salam Ikaa,
    Saya ada anak autisme dan play therapy memang ada dalam program intervensi awalnya. Kalau di rumah, memang kena 'bermain' dengannnya untuk mengajarnya bersosial dan bermain dengan betul :-)

    ReplyDelete